Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 108/2022

​Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 108/2022 di Kampung Gadong dan Kilanas pada 2 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.


Pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit di kawasan Kampung Gadong B dan Kilanas telah mendapati seramai 3 orang pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009. Seorang pekerja asing yang berjawatan sebagai 
pengasuh (groomer) didapati melakukan pekerjaan sebagai buruh kedai. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua. Selain itu, seramai 2 orang pekerja asing telah didapati bekerja dengan majikan selain dari majikan yang telah dibenarkan. Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya. Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan 
Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009. 

Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

Jabatan Buruh,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
03 Ogos 2022


Attachments