Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1443H / 2021M KELOLAAN JABATAN BURUH

BANDAR SERI BEGAWAN, SELASA, 26HB OKTOBER 2021 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Buruh telah diadakan pada hari ini 19 Rabiulawal 1443H bersamaan dengan 26 Oktober 2021M secara maya bermula jam 1.45 petang.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Majlis dimulakan dengan Persembahan Selawat daripada Pasukan Dikir Jabatan Buruh. Majlis seterusnya turut diserikan dengan Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul dengan bertemakan “Rasulullah Kekasih Allah, Kekasih Ku Dunia Akhirat” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr. Kamaru Salam Bin Yusof, Penolong Profesor Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam. Majlis seterusnya disemarakkan lagi dengan persembahaan Dikir Marhaban daripada Pasukan Dikir Jabatan Buruh. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr. Kamaru Salam bin Yusof.

Majlis keugamaan ini merupakan salah satu kegiatan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi membesarkan dan menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam di Negara Brunei Darussalam. Ianya juga merupakan salah satu platform untuk sama-sama meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala serta syafa’at dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ahli keluarga Baginda.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya tahun ini julung kalinya diadakan secara maya berikutan penularan jangkitan COVID-19 telah
melanda di negara ini. 

Turut menyertai majlis tersebut Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara dari kalangan penghulu mukim dan ketua kampung, Setiauasaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

20211026_Majlis Sambutan Maulidur Rasul MoHA dan Jabatn-Jabatan di Bawahnya Kelolaan Jabatan Buruh_1.jpeg20211026_Majlis Sambutan Maulidur Rasul MoHA dan Jabatn-Jabatan di Bawahnya Kelolaan Jabatan Buruh_2.jpeg

Attachments